Siapa Alifah Ilyana ? Secara ringkas, aku hanyalah manusia biasa . (Aku geli nak bahasakan diri aku sebagai 'Alifah'. Aku lebih selesa untuk menulis sebagai aku. Aku harap, kata ganti nama yang aku pilih ini boleh buat penyampaian aku lebih dekat dengan kalian) (Oh ya! One more thing, aku suka guna perkataan 'kalian') Minat menulis, tapi tak tahu platform mana yang sesuai untuk aku simbahkan segala kosa kata mahupun pekikan jiwa yang gegak gempita sejak sekian lama. ' Alifah Ilyana ' mula berjinak-jinak dalam dunia blog pada usia 18 tahun, tahun 2016. Tapi pada tahun tu, aku tak yakin untuk public -kan blog aku. Akhirnya blog itu hanya menjadi sebuah 'rumah usang'. Sedih, sebab sia-siakan masa yang panjang. Tapi tak apa. Paling tidak, aku pernah mulakan langkah pertama. Walaupun 'rehat' terlalu lama, akhirnya kini aku mulakan langkah kedua. Aku punya tahap tak yakin tu, nak tulis caption Instagram pun fikir banyak kali. End up, tak buat j...
Kerana Nabiku pernah berkata, "sebaik-baik manusia adalah yang memberi manfaat"